JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Senaman Yoga Menurut Islam

Kategori: Akidah
Tahun: 2008
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2008 yang bersidang pada 26 Disember 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Senaman Yoga Menurut Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :

 

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan Ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang, memutuskan bahawa hukum yoga :


1.  Bertentangan dengan Islam dan boleh merosakkan aqidah umat Islam dan haram diamalkan sekiranya disertakan dengan kepercayaan agama Hindu.

 

2.  Bersenam tanpa niat mengamalkan ajaran atau unsur dan falsafah agama Hindu hendaklah dijauhi oleh umat Islam supaya tidak terlibat dengan perkara syubhah serta penyerupaan terhadap ibadah agama lain.


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/27-keputusan-fatwa-2008/103-hukum-senaman-yoga-menurut-islam

Klik disini untuk mencetak