Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 18 Muharram 1428H bersamaan 6 Februari 2007M telah membincangkan mengenai Hukum Kosmetik Botok .
Alhamdulillah fatwanya:
Penggunaan suntikan botulinum toxin type A atau botox untuk tujuan kosmetik adalah HARAM jika :
- Kandungan botulinum toxin type A. Tersebut dihasilkan daripada sumber-sumber yang haram / meragukan dari segi syarak atau yang boleh membawa kemudaratan kepada manusia; dan
- Suntikan yang dilakukan bagi mendapat kecantikan semata-mata atau bagi tujuan penipuan (gharar) juga tidak diharuskan. Walaubagaimanapun, suntikan botulinm toxin type A atau botox untuk tujuan perubatan, dengan syarat ia dilakukan oleh pakar yang bertauliah adalah diharuskan mengikut kadar keperluan.
????? ???? ???????