JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Solat Jumaat Bagi Pekerja Petronas Gas Berhad Di Tapak Binaan Pesisir Pantai Tanjung Kling, Melaka

Kategori: Ibadah
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 1/2012 yang bersidang pada 20 Rabiul Akhir 1433H bersamaan 13 Mac 2012 telah membincangkan mengenai Solat Jumaat Bagi Pekerja Petronas Gas Berhad Di Tapak Binaan Pesisir Pantai Tanjung Kling, Melaka. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :

 

  1. Solat Jumaat hanya diwajibkan ke atas mereka yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak. Antara syarat-syarat yang dimaksudkan ialah bermaustautin iaitu tinggal menetap di sesuatu tempat dan mendengar seruan azan daripada masjid yang berhampiran. Oleh kerana para pekerja lelaki Islam yang bekerja di pelantar binaan berkenaan bukan merupakan pemstautin tetap dan berada jauh dari daratan sehingga tidak kedengaran laungan azan dari masjid berhampiran, maka kewajipan jumaat ke atas mereka telah gugur.
  2. Walau bagaimanapun, oleh kerana terdapat pengangkutan laut yang boleh membawa pekerja ke daratan untuk bersolat jumaat di masjid maka pihak pengurusan Petronas Gas Sdn. Bhd. bertanggungjawab mengatur jadual gilian kepada pekerja terbabit untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga minggu bagi setiap pekerja lelaki Islam supaya hati mereka tidak lalai daripada menghayati syiar jumaat dan mendengar khutbah.
  3. Bagi pekerja yang tidak dapat berjumaat, pihak pengurusan projek perlu menyediakan alternatif untuk mengadakan solat Zohor secara berjemaah di pelantar binaan tersebut membabitkan semua pekerja Islam dan diadakan sesi tazkirh mengenai intipati tajuk khutbah Jumaat minggu berkenaan sebagai menghayati syiar dan kebesaran hari jumaat.

 

Klik disini untuk mencetak