Menternak Dan Menjual Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke 4/2008 yang bersidang pada 26 Disember 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Menternak Dan Menjual Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :
i. Lintah dan cacing dianggap haiwan yang suci ( tidak najis ) walaupun tidak boleh dimakan.
ii. Jumhur Fuqaha’ berpendapat cacing adalah tidak najis kecuali Fuqaha’ Syafi’iyah.
iii. Tujuan penternakan cacing dan lintah bukan bermatlamat sebagai bahan makanan tetapi sebagai bahan perubatan dan kosmetik serta penghasilan baja.