JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Doa Kepada Pemerintah Dan Non-Muslim Dalam Khutbah Jumaat

Kategori: Ibadah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 4/2010 yang bersidang pada 6 September 2010 telah membincangkan mengenai Hukum Berkaitan Doa Kepada Pemerintah Dan Non-Muslim Dalam Khutbah Jumaat. Mesyuarat memutuskan bahawa:


(i) pada asasnya doa kepada orang bukan Islam untuk mendapat hidayah dan memohon kesihatan adalah diharuskan.


(ii) mendoakan kepada orang bukan Islam di dalam khutbah Jumaat tanpa mendoakan kepada pemimpin Islam secara khusus boleh menimbulkan fitnah dan ia tidak boleh sama sekali. Kaedah Fiqh menyebutkan "Menolak kemudaratan lebih diutamakan daripada menarik kemaslahatan" .


 

Klik disini untuk mencetak