JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Mewujudkan Ruang Pejabat Koperasi Masjid Di Kawasan Bangunan Masjid

Kategori: Lain-lain
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 16 Rejab 1431 bersamaan 29 Jun 2010 telah membincangkan mengenai Cadangan Mewujudkan Ruang Pejabat Koperasi Masjid Taman Perling Berhad Di Kawasan Bangunan Masjid Taman Perling.

 

Alhamdulillah fatwanya:

 

Cadangan mewujudkan ruang pejabat koperasi Masjid Taman Perling Berhad di kawasan bangunan Masjid Taman Perling adalah harus mengikut hukum syara' dengan mematuhi syarat-syarat berikut :

 

1. Kegunaan ruang pejabat tersebut adalah untuk masyarakat Islam terutama bagi kegiatan-kegiatan yang boleh memandu dan memperkasakan syiar Islam.

 

2. Kebenaran ini diberi hanya secara menumpang dan sementara (????) di kawasan bangunan Masjid dan bukan dibina untuk kekal selama-lamanya.

 

3. Kegunaan ruang hendaklah tidak melebihi keperluan sebenarnya.

 

4. Kemuliaan tanah wakaf dan kawasan masjid hendaklah dijaga seperti menutup aurat dan tiada berlaku perbuatan yang diertikan sebagai bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islam.


Namun sekiranya pada masa akan datang ruang tersebut diperlukan sebagaimana yang termaktub dalam hujjah wakaf, maka ruang tersebut hendaklah dikembalikan semula bagi menyempurnakan hujjah wakaf tersebut.

 

????? ???? ???????

Klik disini untuk mencetak