Wanita Bernasyid
1. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2012 yang bersidang pada 29 Mac 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Bernasyid. Mesyuarat memutuskan bahawa:
(i) Suara wanita bukan aurat. lni bererti mereka bebas bersuara, mengajar, belajar, berjual beli, berbual dan sebagainya.
(ii) Hukum wanita menyanyi adalah tidak haram.
(iii) Hukum mendengar nyanyian wanita adalah makruh dan tidak digalakkan sekalipun dijamin aman dari fitnah.
(iv) Nyanyian yang disertai dengan gaya yang menghairahkan, tarian dan solekan yang melampau apatah Iagi mendedahkan aurat jika ditontoni oleh lelaki yang ajnabi adalah haram.
2. Lantaran itu jika kaum wanita hendak bernasyid, maka bolehlah mengambil panduan berikut :
(i) Mesti menjaga adab-adab iaitu menutup aurat, tidak mengerakkan badan yang boleh mendatangkan fitnah, tidak bersolek dan berpakaian sempurna seperti yang dituntut ke atas wanita muslimah.
(ii) Hendaklah memastikan suasana majis tiada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
(iii) Persembahan hendaklah atas tujuan untuk berdakwah dan menanam kesedaran Islam serta bukan untuk berhibur semata-mata seperti diadakan tazkirah atau zikir kepada Allah. Peluang ini digunakan sebaik mungkin untuk memberi kefahaman kepada mereka tentang Islam yang syumul.