JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Ajaran Kumpulan Layar Bahtera

Kategori: Akidah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada  14 Rabiul Akhir 1431 bersamaan 30 Mac 2010 telah membincangkan mengenai Ajaran Kumpulan Layar Bahtera. :

 

Alhamdulillah fatwanya ;

 

1. Bahawasanya ajaran dan pegangan Kumpulan Layar Bahtera adalah palsu, sesat, menyeleweng, merosakkan aqidah dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam.


2. Oleh yang demikian, orang ramai di negeri ini, dilarang sama sekali terlibat dengan ajaran dan pegangan Kumpulan Layar Bahtera samada dengan cara :  

i.  Mengamalkannya atau mengajarkannya kepada orang lain.


ii. Menyebarkan apa-apa maklumat berkaitan dengan ajaran atau kegiatannya.

    samada melalui media cetak atau elektronik.


iii. Menjalankan upacara atau apa sahaja kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan ajarannya seterusnya mengundang atau menerima kehadirannya (Kumpulan Layar Bahtera) atau pengikut-pengikutnya samada untuk menyebarkan ajarannya atau tujuan-tujuan yang lain seterusnya memberikan sokongan moral dan material kepadanya atau sesiapa yang terlibat dengan ajarannya. 

    

3.  Pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan tegas bagi menghalang dan mencegah pegangan, ajaran atau amalan Kumpulan Layar Bahtera di Negeri Johor:

i.  Mengamalkannya atau mengajarkannya kepada orang lain.


ii. Menyebarkan apa-apa maklumat berkaitan dengan ajaran atau kegiatannya.

    samada melalui media cetak atau elektronik.


iii. Menjalankan upacara atau apa sahaja kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan ajarannya seterusnya mengundang atau menerima kehadirannya (Kumpulan Layar Bahtera) atau pengikut-pengikutnya samada untuk menyebarkan ajarannya atau tujuan-tujuan yang lain seterusnya memberikan sokongan moral dan material kepadanya atau sesiapa yang terlibat dengan ajarannya.

 

 

????? ???? ???????

Klik disini untuk mencetak