JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV)

Kategori: Perubatan
Tahun: 2011
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 1/2011 yang bersidang pada 7 Januari 2011 telah membincangkan Hukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV). Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

Mesyuarat bersetuju hukum pengambilan vaksin Human Papiloma Virus (HPV) adalah harus bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim. Penggunaannya hendaklah tidak bertentangan dengan syarak. Keharusan pengambilan vaksin ini adalah berdasarkan hajat dan darurah. 


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/23-keputusan-fatwa-2011/86-hukum-pengambilan-vaksin-human-papilloma-virus-hpv 

Klik disini untuk mencetak