JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Agihan Zakat MAIM : Isu Skim Bantuan Perkahwinan Dan Pinjaman Perniagaan

Kategori: Zakat
Tahun: 2011
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 5/2011 yang bersidang pada 24 Muharram 1433H bersamaan 20 Disember 2011 Fatwa telah membincangkan mengenai Agihan Zakat MAIM: Isu Skim Bantuan Perkahwinan Dan Pinjaman Perniagaan. Mesyuarat bersetuju memutuskan seperti berikut :


(i) Skim bantuan perkahwinan menggunakan wang zakat untuk ibu tunggal dalam kalangan fakir miskin di negeri ini harus diperluaskan kepada golongan selain ibu tunggal dalam asnaf tersebut dan juga kepada asnaf-asnaf zakat yang lain mengikut kesesuaian sepertimana berikut:


a) Bagi golongan saudara baru yang hendak berkahwin haruslah diberikan daripada sumber asnaf muallaf.


b) Individu yang hendak berkahwin untuk membebaskan diri dari belenggu maksiat tetapi tiada kemampuan kewangan maka bolehlah diberi bantuan perkahwinan melalui asnaf ar-Riqab.


c) Skim pinjaman perkahwinan secara al-Qardhu al-Hassan juga harus diwujudkan di bawah asnaf al-gharimin bagi pasangan yang hendak berkahwin tetapi menghadapi kesulitan kewangan.


Memandangkan objektif zakat yang lebih menekankan kemaslahatan umum berbanding kemaslahatan khusus maka adalah dicadangkan supaya pihak MAIM dapat mengaturkan majlis kenduri kahwin (walimah) beramai-ramai kepada calon yang layak menerima skim bantuan zakat untuk berkahwin di negeri ini sama ada di bawah asnaf fakir, miskin, muallaf atau ar-riqab. Kadar bantuan untuk mengadakan walimah tersebut ialah bersamaan nilai seekor kambing (lebih kurang RM800.00) bagi setiap pasangan bersesuaian dengan sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: “adakan walimah walaupun dengan seekor kambing” (Muttafaq ‘alayhi). Program sedemikian diharap dapat menjimatkan kos majlis perkahwinan di samping dapat mengurangkan masalah sosial.

 

Klik disini untuk mencetak