JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pandangan Berkaitan Pesakit Buah Pinggang Untuk Dikategorikan Di Bawah Asnaf Zakat

Kategori: Zakat
Tahun: 2013
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke Tiga Penggal Ke Sepuluh yang bersidang pada 13 Mac 2013 bersetuju membenarkan pesakit buah pinggang yang menjalankan rawatan hemodialisis dibantu di bawah ansaf zakat fakir miskin. Walau bagaimanapun, bantuan tersebut hanya terhad kepada pesakit buah pinggang yang benar-benar tergolong dalam kategori fakir miskin sahaja.


Adapun pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan berada, maka golongan tersebut tidak layak untuk menerima sebarang bantuan di bawah asnaf zakat.

Klik disini untuk mencetak