Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Islam
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2010 yang bersidang pada 6 September 2010 telah membincangkan mengenai Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Islam. Mesyuarat telah memutuskan bahawa Hukum Mempromosikan Insurans Konvesional adalah haram dan pendapatan atau komisyen yang diperolehi daripada insurans konvensional semasa tempoh peralihan agen ke institusi takaful adalah diharuskan.