JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Amalan ESQ Leadership

Kategori: Akidah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-7/2010 yang bersidang pada 6 September 2010 telah membincangkan mengenai Hukum Amalan ESQ Leadership. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :

 

  1. Mesyuarat berpandangan bahawa kebanyakan unsur-unsur keraguan yang terkandung dalam kursus ESQ Leadership Training boleh diperbetul dan diperjelaskan.
  2. Mesyuarat bersetuju memutuskan supaya pihak ESQ membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti/perlakuan yang menimbulkan keraguan kepada masyarakat.
  3. Mesyuarat bersetuju ketetapan bahawa Panel Syariah ESQ perlu bertanggungjawab dan memantau sepenuhnya pembetulan atau pindaan yang dibuat dan pelaksanaan tindakan tersebut hendaklah dilaporkan secara berterusan kepada Mesyuarat. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Kursus ESQ Leadership Training boleh dilaksanakan di Negeri Pahang dengan pengawasan sepenuhnya oleh Panel Syariah yang dilantik oleh ESQ.


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/24-keputusan-fatwa-2010/88-hukum-amalan-esq-leadership

Klik disini untuk mencetak