JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang Untuk Mendapatkan Zuriat

Kategori: Perubatan
Tahun: 2008
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2008 yang bersidang pada 11-12 Jun 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Menggunakan Kaedah Ibu Tumpang (Surrogate Motherhood) untuk mendapatkan zuriat. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

  1. Menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang adalah haram walaupun sperma dan ovum atau selain daripada keduanya diambil daripada pasangan suami isteri yang sah kerana berlaku kekeliruan dari sudut nasab anak.
  2. Sumbangan sperma, ovum, embrio, rahim, oleh pihak ketiga atau penggunaan lain-lain kaedah adalah haram di sisi syarak.


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/27-keputusan-fatwa-2008/112-hukum-menggunakan-kaedah-khidmat-ibu-tumpang-untuk-mendapatkan-zuriat

Klik disini untuk mencetak