JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Etanol

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2005
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah negeri Perlis yang diadakan pada 14 Feb 2005 memutuskan:

 

Setelah mendengar taklimat dari pihak pengurusan kilang Fempro, Chuping, Perlis yang menjelaskan bahawa etanol yang dikeluarkan mereka diproses dari bahan-bahan gula, yis yang kesemuanya bahan-bahan tersebut halal dan boleh digunapakai, dan Jawatankuasa Syariah berpuas hati, bahawa tidak ada bahan-bahan yang dilarang oleh syarak, dalam usaha pengeluaran etanol tersebut, maka Jawatankuasa Syariah membuat keputusan sebulat suara iaitu:

 

"Etanol yang dikeluarkan oleh Kilang Fempro, Chuping Perlis seperti yang diperjelaskan kepada Jawatankuasa Syariah pada 10 Januari 2005 adalah diakui tidak najis dan harus digunapakai mengikut peraturan-peraturan penggunaan etanol yang betul, logo halal yang dipohon oleh kilang tersebut, boleh dipertimbangkan oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Perlis."

Klik disini untuk mencetak