JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggunaan Ruang Solat Di Masjid Sebagai Kelas Agama Bagi Pelajar-Pelajar KAFA Dan Sekolah Rendah Agama

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali ke-74 pada 30 jun 2009 mengambil keputusan seperti berikut:

 

(i) Bahawa peggunaan ruang solat masjid (ruang utama solat dan ruang yang diisytiharkan sebagai masjid) untuk dijadikan kelas agama bagi pelajar-pelajar KAFA dan Sekolah Rendah Agama adalah bertentangan dengan hukum syarak. Oleh itu ianya tidak boleh dibenarkan.

 

(ii) Ruang-ruang tambahan yang lain di dalam kawasan masjid adalah dibenarkan.

 

(iii) Satu kajian tentang had perempuan yang kedatangan haid dan orang bukan Islam berada dalam masjid di Wilayah Persekutuan perlu dibuat.

Klik disini untuk mencetak