JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Peraduan SMS

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2005
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syarian Negeri Perlis yang diadakan pada 10 Januari 2005 memutuskan:

 

Mengikut Pandangan Islam peraduan kuiz melalui sistem pesanan ringkas SMS dan seumpamanya adalah mengandungi unsur-unsur gharar dan hiyal (tipu helah), memerlukan pelanggan membayar untuk mengadu nasib daripada hasil pulangan hadiah yang dijanjikan dan penipuan melalui janji-janji hadiah yang jelas memukau pelanggan. Oleh itu, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis memutuskan bahawa hukum Peraduan kuiz tersebut adalah ‘Haram di sisi syarak’.

Klik disini untuk mencetak