JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2/2009 yang bersidang pada 09 Disember 2009M / 22 Zulhijjah 1430H bertempat di Bilik Persidangan, Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah telah membincangkan mengenai Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

 

  1. Apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan tersebut adalah secara langsung beragama Islam.
  2. Muzakarah juga bersetuju memutuskan supaya Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya tidak perlu dipinda. 
Klik disini untuk mencetak