JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Ajaran Azhar Bin Wahab

Kategori: Akidah
Tahun: 2003
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Mesyurarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang diadakan pada 2 Mac 2003 mengambil keputusan seperti berikut:

 

Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis bersetuju dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 55 tahun 2003/1423 hijrah, iaitu mengharamkan kegiatan kumpulan ini, kecuali kegiatan perniagaan diteruskan.

 

Mesyuarat juga bersetuju supaya pihak yang terlibat dipanggil bagi memperbetulkan pegangan mereka dengan tujuan memberi nasihat, agar meninggalkan ajaran dan pegangan kumpulan ini, terdapat unsur-unsur dan amalan ajaran ‘Aurad Muhammadiyyah pegangan Al-Arqam suatu ketika dahulu, di samping beberapa penambahan lain boleh membawa kepada kerosakan akidah.

Klik disini untuk mencetak