JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Ajaran Abdul Kahar Bin Ahmad Jalal

Kategori: Akidah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perak
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 4-5 November 2009M bersamaan 16-17 Zulkaedah 1430H kali 181 memutuskan bahawa :

 

Ajaran Abdul Kahar Bin Ahmad Jalal adalah sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam sebenar berdasarkan pengakuannya dalam menyebarkan ilmu salah beliau iaitu :

 

1) Mengaku sebagai ”utusan Allah” dan mendakwa sebagai Rasul.

2) Mengaku menerima wahyu Allah sepertimana Rasul saw di Bukit Kemensah.

3) Mengatakan bahawa solat 5 waktu adalah tidak wajib.

4) Al-Quran sekarang ini bukan Al-Quran yang sebenarnya.

5) Tidak mempercayai hadis dan mengatakan hadis sekarang adalah rekaan manusia.

6) Orang Islam tidak perlu menunaikan haji di Mekah dan ianya boleh dibuat dimana-mana.

7) Mendakwa mempunyai mukjizat dengan tidak ditimpa hujan dan panas.

 

Oleh itu semua umat Islam adalah diharamkan mengamalkan dan beriktikad dengan kepercayaan tersebut dan sesiapa sahaja yang mengamalkan dan beriktikad dengan kepercayaan tersebut adalah melakukan kesalahan dan boleh didakwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak. Oleh itu mana-mana pengikut dan orang Islam yang mengamalkan dan beriktikad seperti itu adalah sesat dan wajib bertaubat ”.

Klik disini untuk mencetak