JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Adab Pengucapan, Penulisan Atau Perbahasan Terhadap Allah, Rasul Dan Umat Islam

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2003
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Syariah Negeri Perlis yang diadakan pada 2 Januari 2003 memutuskan:

 

Mesyuarat bersetuju memperakukan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Syariah Negeri berikut :

 

1) Fatwa Batas-batas Adab pengucapan, penulisan atau perbahasan terhadap Allah, Rasul dan Umat Islam.

 

Jawatankuasa Syariah bersetuju sebulat suara menerima pakai fatwa yang telah diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan iaitu:

 

Jelaslah bahawa Allah SWT bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan Maha Suci Allah daripada sifat kekurangan, Rasulullah SAW bersifat maksum dan manusia mempunyai kehormatan diri yang mesti dipelihara dan tidak boleh menjatuhkan maruah sesama manusia dan kita umat Islam tidak boleh melanggar adab-adab ini.

 

Perkara ini telah dibincang di dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja kali 194 pada 4 Julai 2002 dan keputusan telah dibuat seperti berikut:

 

a) Adalah digalakkan mana-mana pihak untuk menyuara, menulis dan menyiar apa-apa pandangan mengenai Islam supaya ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya terus maju dan berkembang. Walaubagaimanapun ianya hendaklah berhati-hati dan tidak terlibat dalam apa-apa bentuk ucapan, tulisan dan penyiaran yang boleh menyentuh perkara asas dalam Islam yang membawa kepada tercemarnya kesucian Islam sama ada dari segi akidah, syariah atau akhlak. Bagi sesiapa yang terlibat dalam perkara yang negatif itu hendaklah menghentikannya dengan serta merta.

 

b) Hendaklah mempunyai sikap yang terbuka, berlaku adil, tidak cepat membuat apa-apa tuduhan dan sentiasa mengambil pendekatan yang harmoni dengan mengadakan perbincangan, kajian dan penelitian supaya kehormatan diri tidak tercemar dan kewibawaan sesebuah organisasi tidak dipersoalkan serta tidak menyimpang dari landasan Islam yang sebenarnya.

 

c) Pihak yang berwajib hendaklah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam menghadapi isu-isu yang boleh mencemarkan kesucian Islam melalui pendekatan-pendekatan yang berhikmah sebagaimana yang diajar oleh Islam.

 

Klik disini untuk mencetak