Derma Organ Menurut Perspektif Islam
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Sabah, bil. 2/2009 telah bersidang pada 09 Disember 2009 Miladiah / 22 Zulhijjah 1430 Hijriah, bertempat di Bilik Persidangan, Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah bagi membincangkan mengenai "DERMA ORGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM" dan memutuskan bahawa:
Pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambil kira:
1. Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu pemindahannya difikirkan berjaya.
2. Didalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya.
3. Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya.
4. Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya di dalam kematian akibat kemalangan.