JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Ajaran-Ajaran Sesat

Kategori: Akidah
Tahun: 2005
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke 9, yang bersidang pada 29 Syaaban 1426H/ 3 Oktober 2005M telah membincangkan mengenai Ajaran-Ajaran Sesat. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

Mesyuarat mengambil maklum bahawa punca berlakunya penyelewengan akidah ialah melalui penyebaran buku-buku berunsur ajaran sesat, penonjolan diri melalui kemahiran perubatan dan agama semata-mata dan sebagainya.Sehubungan itu, bagi membendung masalah tersebut, pihak JAKIM telah mengadakan berbagai program seperti ceramah-ceramah, pendidikan Islam formal secara berterusan di institusi Pendidikan serta mentahqiq kitab lama di samping memberikan penerangan melalui media elektronik


Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa Undang-Undang berkaitan kawalan pengembangan agama tidak wujud di Sarawak. Sebagai alternatif, Kanun Keseksaan Persekutuan boleh digunakan. Oleh itu, setiap kegiatan ajaran sesat perlulah dilaporkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut

Klik disini untuk mencetak