JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penentuan Hukum Kutipan Derma/Sumbangan Untuk Kolej Islam Malaya (KIM) Sebagai Wakaf

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2008 yang bersidang pada 8 April 2008 telah membincangkan dan memutuskan berkenaan Penentuan Hukum Kutipan Derma/Sumbangan Untuk Kolej Islam Malaya (KIM) Sebagai Wakaf adalah seperti berikut :

 

1. Penubuhan Kolej Islam Malaya (KIM) pada asalnya adalah daripada wakaf orang ramai, maka segala harta yang berkembang daripadanya juga dianggap sebagai wakaf;

 

2. Segala yang berkaitan dengannya seperti pemberian, derma tabarru' atau seumpamanya juga dianggap sebagai wakaf; dan

 

3. Menurut Syara', harta wakaf merupakan hak milik Allah S.W.T. dan pemegang amanah ke atasnya adalah Baitulmal. 

Klik disini untuk mencetak