JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Pewarisan Bagi Kematian Serentak

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2008
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2008 yang bersidang pada 26 Disember 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Pewarisan Bagi Kematian Serentak. Mesyuarat telah telah membuat keputusan seperti berikut:

 

  1. Mana-mana ahli keluarga yang meninggal dunia secara serentak dalam kejadian yang sama atau sebaliknya dan tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu bagi menetukan hak pewarisan, maka mereka tidak akan saling mewarisi antara satu sama lain kerana berdasarkan syarat-syarat pewarisan, waris (al-warith) hendaklah masih hidup semasa kematian orang yang mewariskan ( al-muwarrith ). Oleh itu, harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambil kira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya. Bagi merekodkan waktu kematian, perakuan pakar perubatan hendaklah diterimapakai dan dicatatkan dalam Sijil Kematian.


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/27-keputusan-fatwa-2008/105-hukum-pewarisan-bagi-kematian-serentak

Klik disini untuk mencetak