Hukum Meminta Orang Bukan Islam Sama-sama Berdoa Mengikut Anutan Masing-masing Dalam Satu Majlis Yang Dihadiri Oleh Pelbagai Agama
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Sabah, bil. 2/2009 telah bersidang pada 09 Disember 2009 Miladiah / 22 Zulhijjah 1430 Hijriah, bertempat di Bilik Persidangan, Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah bagi membincangkan mengenai "HUKUM MEMINTA ORANG BUKAN ISLAM SAMA-SAMA BERDOA MENGIKUT ANUTAN MASING-MASING DALAM SATU MAJLIS YANG DIHADIRI OLEH PELBAGAI AGAMA" dan memutuskan untuk diwartakan bahawa:
1. Doa tergolong di dalam perkara ibadah kepada Allah S.W.T dan ia hendaklah dilakukan sebagai suatu acara yang tidak bertentangan dengan roh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah S.W.T kerana bagi Islam memohon dan mendoakan sesuatu hanyalah kepada Allah S.W.T sahaja.
2. Oleh itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam tidak harus meminta atau mengarahkan orang bukan Islam berdoa mengikut agama masing-masing. Walau bagaimanapun, jika mereka berdoa atau memohon sesuatu mengikut ajaran mereka dengan kehendak mereka sendiri tanpa diarahkan, perbuatan tersebut dilarang.