JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Suntikan Kosmetik Botox

Kategori: Perubatan
Tahun: 2006
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Kesepuluh, yang bersidang pada 25 Syaaban 1427H/ 18 September 2006M telah membincangkan mengenai Hukum Suntikan Kosmetik Botox. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

Mesyuarat mengambil perhatian mengenai maklumat terkini kajian perubatan yang dikemukakan oleh American Medical Association, Chicago U.S.A dan American Veterinary Medical Association Schaumburg U.S.A berkaitan kandungan Botulinum Toxin Type A


Berdasarkan maklumat tersebut dan fatwa-fatwa daripada Negara Timur Tengah yang telah dikemukakan. Mesyuarat berpandangan bahawa isu suntikan Botulinum Toxin Type A ini telah jelas mengandungi perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam


Mesyuarat bersetuju menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali ke 74 pada 25-27 Julai 2006 bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A adalah haram dan sighah fatwa adalah seperti berikut :

  1. Setelah meneliti laporan kajian dari dalam dan luar negara serta hujah-hujah yang jelas dalam pengeluaran fatwa oleh beberapa negara Islam lain, Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan diharamkan, antara bahan-bahannya ialah khinzir
  2. Suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox ini juga didapati boleh memberi mudarat kepada pengguna bagi jangka pendek, jangka panjang dan boleh dimanipulasikan untuk tujuan penipuan
  3. Berdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang dinyatakan tersebut, Mesyuarat memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox adalah haram digunakan
  4. Walaubagaimanapun untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum Toxin Type A ini adalah dibenarkan dengan syarat penggunaannya dalam keadaan daruruat dan mengikut keperluan serta dilakukan oleh pakar yang bertauliah
Klik disini untuk mencetak