JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kadar Uruf Emas Perhiasan Wanita Di Negeri Terengganu

Kategori: Zakat
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-9 Penggal ke-8 yang bersidang pada 22 Jun 2010 telah membincangkan Kertas Kerja Kadar Uruf Emas Perhiasan Wanita Di Negeri Terengganu. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

Kertas Kerja mengenai "Penentuan Kadar Uruf Emas Dan Pemakaiannya Dalam Kalangan Wanita Negeri Terengganu” daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), diterima dengan “isyarat” dan berpendapat had nilaian zakat emas perhiasan wanita perlu dibawa ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia untuk dibahaskan secara nasional.

 

Mesyuarat turut mengambil perhatian terhadap keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu terdahulu yang berpendapat bahawa had israf adalah 200 mithqal bersamaan 850 gram masih digunapakai bagi dikenakan zakat perhiasan wanita.

Klik disini untuk mencetak