Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM)
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Dua Belas, yang bersidang pada 4 Zulkaedah 1428H/ 14 November 2007M telah membincangkan mengenai Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM). Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
“Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan MLM yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.”