JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran – Satu Alternatif

Kategori: Zakat
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Dua Belas, yang bersidang pada 4 Zulkaedah 1428H/ 14 November 2007M telah membincangkan mengenai Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran – Satu Alternatif. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

“Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat yang diwajibkan sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.”

Klik disini untuk mencetak