JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Sabah, bil. 2/2009 telah bersidang pada 09 Disember 2009 Miladiah / 22 Zulhijjah 1430 Hijriah, bertempat di Bilik Persidangan, Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah bagi membincangkan mengenai "Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak" dan memutuskan untuk diwartakan bahawa:

 

1. Di dalam Islam para fuqaha' sepakat memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.


2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi unsur yang meragukan. Mengenai corak dan ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa-apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang


3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan

Klik disini untuk mencetak