Hukum Sarang Burung
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Dua Belas, yang bersidang pada 4 Zulkaedah 1428H/ 14 November 2007M telah membincangkan mengenai Hukum Sarang Burung telah membuat keputusan seperti berikut:
Hukum sarang burung adalah halal dan harus dimakan selagi ianya tidak bercampur dengan benda-benda najis. Dan hukum jual / beli dengannya adalah harus dan sah.”