JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Menternak Dan Menjual Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik.

Kategori: Haiwan
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2009 yang bersidang pada 19 Mac 2009 telah membincangkan mengenai Hukum Menternak Dan Menjual Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik. Mesyuarat memutuskan bahawa:


(i) bersetuju dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 bertarikh 31 Mac 2008 yang memutuskan bahawa menggunakan Iintah dan cacing dalam perubatan dan sebagai bahan dalam kosmetik adalah harus. Begitu juga hukum menternak atau berjual beli atas dasar manfaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut adalah harus.


(ii) tidak timbul sebarang unsur penderaan atau penyeksaan terhadap haiwan lain dalam proses pembiakan lintah dan cacing. Namun, mesyuarat melarang sama sekali penggunaan bahan-bahan makanan daripada najis jenis mughalazah dalam apa jua ternakan sama ada Iintah atau cacing.

 

 

Klik disini untuk mencetak