Pembangunan Tanah Wakaf Di Bawah Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9)
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tiga Belas, yang bersidang pada 8 Rabiulakhir 1429H/ 15 April 2008M telah membincangkan mengenai Hukum Berkaitan Pembangunan Tanah Wakaf Di Bawah Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9). Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
Mesyuarat mengambil maklum dan menerima hukum berkaitan wakaf ini secara prinsip dari hukum syarak, namun pelaksanaannya hendaklah mengikut dan bersesuaian dengan Undang-undang Tubuh Negeri.