JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Manual Agihan Zakat

Kategori: Zakat
Tahun: 2008
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tiga Belas, yang bersidang pada 8 Rabiulakhir 1429H/ 15 April 2008M telah membincangkan mengenai Manual Agihan Zakat. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:


  • Perincian tentang aktiviti mengikut asnaf perlu diubah iaitu Asnaf Fakir dan Miskin hendaklah diberi keutamaan kepada bantuan sara hidup kepada kedua-dua asnaf.
  • Peruntukan Pengurusan Jenazah akan dibiayai oleh Dana Baitulmal manakala Peruntukan Hal Ehwal Masjid diletakkan di bawah Asnaf Fi Sabilillah.
  • Memasukkan kriteria-kriteria asnaf seperti dalam Manual Pengurusan Agihan Zakat Jabatan Wakaf Zakat dan Haji.
  • Diperincikan maksud Pengurusan Institusi Zakat yang menerima di bawah asnaf Amil.
  • Diwujudkan panduan pemindahan peruntukan asnaf-asnaf yang jelas dan telus serta ditubuhkan Panel Penilai yang juga sebahagian dari ahlinya terdiri daripada ahli-ahli berkelayakan yang bukan dari Tabung Baitulmal Sarawak.
  • Dalam Garis Panduan Agihan Zakat, mukasurat 10, hendaklah dijelaskan juga berhubung penggunaan Dana Fidyah.
  • Had Al Kifayah dalam Garis Panduan ini hendaklah digabungjalinkan dengan Had Al Kifayah yang ada dalam manual Pengurusan Agihan Zakat Jabatan Wakaf Zakat dan Haji.
  • Dana zakat yang berlebihan diletakkan di bawah dana Baitulmal dengan mewujudkan satu Kod Khas untuk mengenalpasti lebihan zakat tersebut bersesuaian dengan agihan asnaf.
  • Sekiranya lebihan dana zakat yang terdapat dalam kod khas tersebut hendak dipindahkan ke dana Am Baitulmal, perkara tersebut perlulah dirujuk kepada Lembaga Fatwa Negeri Sarawak.
Klik disini untuk mencetak