JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Amalan Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2008
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Empat Belas, yang bersidang pada 19 Syaaban 1429H/ 11 Ogos 2008M telah membincangkan mengenai Hukum Amalan Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

i. Amalan membawa bunga secara sederhana dengan niat mewangikan kawasan kuburan adalah diharuskan; dan

ii. Amalan membawa kalungan atau jambangan bunga semasa menziarahi kubur adalah dilarang kerana :

a. Mempunyai unsur persamaan dengan amalan dan ajaran agama lain.

b. Pembaziran yang nyata

Walau bagaimanapun, mesyuarat sebulat suara memohon agar satu garis panduan yang merangkumi peraturan dan panduan mengenai hal ehwal perkuburan disediakan untuk edaran ke seluruh Negeri Sarawak.

 

Klik disini untuk mencetak