JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penetapan Nisab Dan Kaedah Taksiran Zakat Padi Bagi Negeri Sabah

Kategori: Zakat
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, bil. 2/2010 telah bersidang pada 21 Disember 2010 Miladiah / 15 Muharram 1432 Hijriah, bertempat di Bilik Teratai, Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai "PENETAPAN NISAB DAB KAEDAH TAKSIRAN ZAKAT PADI BAGI NEGERI SABAH" dan telah memutuskan bahawa:

 

1. Kadar NIsab Zakat Padi bagi Negeri Sabah adalah sebanyak 363 gantang bersamaan 980.1kg.

 

2. Kaedah taksiran zakat padi bagi negeri Sabah yang sudah mencukupi nisab adalah berdasarkan tiga kategori seperti berikut:

 

  a) 10% bagi penanaman yang hanya bergantung kepada jirusan air hujan, sungai atau parit yang tersedia.

 

 b) 5% bagi pengusaha padi yang perlu menanggung kos atau bersusah payah seperti menggunakan tenaga manusia dan penggunaan jentera.

 

 c) 7.5% bagi penanaman yang menggunakan kedua-dua kaedah di atas iaitu mengusaha tapak dengan air yang mengalir tanpa bersusah payah menanggung kos dan terpaksa pula menanggung kos pada keperluan yang lain seperti baja dan sebagainya.

 

 d) Kaedah pengiraan zakat padi perlu berasaskan kepada penanaman satu musim sahaja.

 

 e) Pusat Zakat Sabah perlu membuat kajian mengenai pengiraan bagi penanaman dua musim untuk perhatian Majlis Fatwa Negeri Sabah.

    

Klik disini untuk mencetak