JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Solat Jumaat Di Kawasan Kampus Institusi Pengajian Tinggi Dan Sekolah- Sekolah Menengah Yang Jauh Dari Masjid Yang Mendirikan Solat Jumaat

Kategori: Ibadah
Tahun: 2008
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Empat Belas, yang bersidang pada 9 Syaaban 1429H/ 11 Ogos 2008M telah membincangkan mengenai Hukum Solat Jumaat Di Kawasan Kampus Institusi Pengajian Tinggi Dan Sekolah- Sekolah Menengah Yang Jauh Dari Masjid Yang Mendirikan Solat Jumaat. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

Mesyuarat mengambil keputusan bahawa, "sekolah-sekolah menengah, institusi-institusi pengajian tinggi dan lain-lain institusi boleh mendirikan solat Jumaat di kawasan masing-masing tertakluk kepada peraturan dan prosedur yang berkuatkuasa pada masa ini dan setelah mendapat persetujuan daripada Jabatan Mufti Negeri Sarawak serta kelulusan Majlis Islam Sarawak".

Klik disini untuk mencetak