JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pelantikan Hakim Syarie Wanita

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Kedah
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 26 September 2010 telah membincangkan mengenai Pelantikan Hakim Syarie Wanita. Mesyuarat telah membahaskan perkara ini dengan lebih mendalam dan mengambil kira keperluan masa kini maka Jawatankuasa Fatwa bersetuju dengan pandangan daripada Dr. Muhammmad Said Ramadhan Al Buthy dan Dr Yusof Al Qaradhawi iaitu harus melantik wanita sebagai hakim syarie dalam kes mal sahaja. Keputusan ini adalah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke 73 bertarikh 4 April 2006 yang memutuskan bahawa wanita harus dilantik menjadi hakim syarie dalam kes selain hudud dan qisas.

 

Klik disini untuk mencetak