JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Menghidu Gam

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perak
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 4-5 November 2009M bersamaan 16-17 Zulkaedah 1430H kali 181 memutuskan keputusan bahawa :

 

”Kegiatan menghidu gam adalah HARAM kepada umat Islam atas asas ianya dikiaskan dengan pengharaman arak dari segi illahnya ( ??? ) iaitu memabukkan berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Minuman apa pun kalau banyaknya itu memabukkan, maka sedikitkannya pun adalah haram. (R. Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

 

Perbuatan menghidu gam ini boleh membawa kepada kemudharatan diri pengamalnya. Allah berfirman dalam hal ini :

 

Maksud : dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri, Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (an-Nisa’ : 29)

 

Maksud : dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (al-Baqarah : 195)


Maksud : Tidak boleh membuat bahaya dan membalas bahaya

(R. Ahmad dan Ibnu Majah)

 

Klik disini untuk mencetak