Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lima Belas, yang bersidang pada 29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
"Pada prinsipnya Islam tidak menghalang penggunaan nada dering ayat-ayat suci al-Quran ini dengan syarat penggunaannya menepati adab yang telah ditetapkan oleh Islam dan digunakan di tempat-tempat yang tidak mencemarkan kesucian ayat-ayat suci tersebut seperti di dalam tandas."