Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain
Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, bil. 2/2010 telah bersidang pada 21 Disember 2010 Miladiah / 15 Muharram 1432 Hijriah, bertempat di Bilik Teratai, Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain dan telah memutuskan bahawa di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba', gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut: