JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid)

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2008
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lima Belas, yang bersidang pada 29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) telah membuat keputusan seperti berikut:

 

"Mesyuarat memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam. Ibu bapa dan masyarakat Islam juga digesa supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah."

Klik disini untuk mencetak