JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Etil Alkohol Dalam Makanan

Kategori: Makan dan Minum
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 16 Rejab 1431 bersamaan 29 Jun 2010 telah membincangkan mengenai Etil Alkohol Dalam Makanan.

 

Alahamdullilah fatwanya :

 

  1. Setiap minuman arak mengandungi Alkohol Etanol yang memabukkan tetapi bukan semua alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis.
  2.  
  3. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak samada mengandungi sedikit alkohol atau alkohol yang disulingkan adalah haram diminum.
  4.  
  5. Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
  6.  
  7. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan dan minuman tidak najis dan boleh dimakan.


Kandungan Etil Alkohol yang terdapat di dalam makanan dan minuman yang dibenarkan adalah tidak lebih daripada 0.01%.


Oleh itu, produk yang boleh diberikan pensijilan halal adalah :

  1. Kod sampel : 229 (L-090310-UCK(b)
  2. Kod sampel : 231 (L-090310-RT(a)
  3. Kod sampel : 232 (L-090310-RT(b)
  4. Kod sampel : 233 (L-090310-RT(c)


Manakala baki produk yang lain tidak menepati syarat dan tidak boleh diberi pensijilan halal.

????? ???? ???????

 

Klik disini untuk mencetak