"Menghidupkan Kembali Al-Quran Menurut Sunnah Rasul Sebagai Satu Amanah" Tulisan Mohamed Bin Karim
Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2/2010 telah bersidang pada 21 Disember 2010 Miladiah/15 Muharram 1432 Hijriah bertempat di Bilik Teratai, Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai "MENGHIDUPKAN KEMBALI AL-QURAN MENURUT SUNNAH RASUL SEBAGAI SATU AMANAH TULISAN MOHAMED BIN KARIM" dan telah memutuskan bahawa:
a. Tulisan Mohamed Bin Karim bertajuk: "Menghidupkan Kembali Al-Quran Menurut Sunnah Rasul Sebagai Satu amanah" adalah mengandungi perkara-perkara menyalahi fahaman ahli Sunnah Wal Jamaah, menyalahi kaedah serta etika pentafsiran yang telah ditetapkan oleh ulama' muktabar dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan penulisan amat mengelirukan masyarakat Islam oleh itu adalah diharamkan.
b. Bahawa pengharaman ini meliputi apa-apa terbitan sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya dan termasuklah apa-apa filem seperti wayang gambar, pita rakaman, cakera padat, cakera laser atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat, dari suatu imej berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat menayangkan isi kandungan buku-buku di (a) di atas untuk dibaca, dilihat atau didengar.
Orang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan untuk dijual apa-apa terbitan berkenaan isi kandungan buku-buku di (a) di atas.