Acara Bertafakur Sempena Hari Pahlawan Di Tugu Peringatan
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 21 Jun 2010 telah membincangkan mengenai Acara Bertafakur Sempena Hari Pahlawan Di Tugu Peringatan. Mesyuarat bersetuju mengekalkan keputusan yang telah dibuat pada 29 Jun 1996 berkenaan acara bertafakur sempena Hari Pahlawan di Tugu Peringatan seperti mana berikut:
Amalan yang dilakukan di hadapan Tugu Peringatan sempena Hari Pahlawan seperti bertafakur dengan menundukkan kepala sekian-sekian saat, meletakkan kalungan bunga, mendeklamasikan sajak, menyanyi. Jawatankuasa Fatwa mendapati amalan-amalan ini tanpa ragu-ragu lagi adalah bercanggah dengan syariat Islam dan boleh membawa syirik yang wajib dijauhi.