JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil Pada Sesuatu Perhimpunan Atau Acara

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M telah membincangkan mengenai Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil Pada Sesuatu Perhimpunan Atau Acara. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:


  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, ahli Mesyuarat sebulat suara memutuskan bahawa Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
  2. Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.
  3. Mesyuarat bersetuju agar khutbah khas disediakan berhubung perkara ini dan dicadangkan supaya Jabatan Agama Islam Sarawak mengurusetiakan perbincangan atau bengkel khusus yang membincangkan tentang pendekatan dalam menyampaikan hal ini secara berkesan kepada umat Islam.

 

Klik disini untuk mencetak