JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-17 yang bersidang pada 11 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M telah membincangkan mengenai Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

  1. Di dalam Islam Jumhur Ulama’ telah bersepakat bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.
  2. Oleh yang demikian, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan tersebut adalah secara langsung beragama Islam.
Klik disini untuk mencetak