JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Menunaikan Haji Bagi Pesakit Yang Menjalani Rawatan Hemodialisis

Kategori: Perubatan
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M telah membincangkan mengenai Hukum Menunaikan Haji Bagi Pesakit Yang Menjalani Rawatan Hemodialisis. Mesyuarat bersetuju menerima sighah keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-84 bertarikh 15 Disember 2008 seperti berikut:


  1. Pesakit yang menghidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan ibadah haji;
  2. Pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan daripada sudut kewangan; dan
  3. Sekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan.

 

Klik disini untuk mencetak