JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pembayaran Zakat Perniagaan

Kategori: Zakat
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 18 Ramadhan 1430 bersamaan 8 September 2009 telah membincangkan mengenai Pembayaran Zakat Perniagaan Bagi Program Rumah Murni Malaysian Industrial Developement Finance Berhad (MIDF).

 

Alhamdullillah fatwanya seperti berikut :

 

" Semua individu dan syarikat hendaklah membayar zakat harta dan zakat perniagaan secara keseluruhan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor.

 

Majlis Agama Islam Negeri Johor boleh memberi peruntuklan yang dipohon oleh pembayar zakat samada individu ataupun syarikat untuk mereka mengagihkan sendiri kepada asnaf-asnaf penerima zakat yang telah dikenalpasti oleh pihak pembayar berdasarkan dengan garis panduan daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.

 

Oleh itu Program Rumah Murni Malaysia Industrial Development Finance Berhad (MIDF) yang tidak melibatkan peranan Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai badan autoriti menguruskan wang zakat maka ia bukanlah dikira sebagai zakat perniagaan tetapi sebagai sumbangan kepada masyarakat (khidmat sosial) ".

 

 

 

????? ???? ???????

 

Klik disini untuk mencetak